5 kenderaan di PPS untuk pelajar ke sekolah

SEBANYAK lima kenderaan akan disediakan bagi menghantar pelajar dari pusat pemindahan sementara (PPS) ke sekolah masing-masing bermula Isnin ini susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights Subang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 34 sekolah terlibat dalam pengaturan pengangkutan tersebut.

Jelasnya, lebih banyak kenderaan akan disediakan jika diperlukan bagi memastikan pelajar dapat kembali ke sekolah dengan lancar.

“Kita bersedia untuk menyediakan kemudahan tambahan jika keperluan meningkat,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Amirudin berkata rujukan mengenai pengangkutan itu boleh dibuat melalui ketua PPS yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing untuk memastikan koordinasi lebih baik dan pengurusan lebih efisien.

“Kerajaan negeri akan terus memastikan bantuan dan sokongan diberikan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan, penduduk di 130 daripada 235 unit rumah yang terlibat dalam insiden itu telah dibenarkan untuk pulang semula dan kebanyakannya di kawasan Taman Putra Harmoni.

Bagaimanapun, Amirudin menjelaskan, penduduk di Kampung Sungai Baru masih belum dibenarkan pulang atas faktor keselamatan, berdasarkan laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan agensi teknikal yang terlibat.

“Keselamatan penduduk adalah keutamaan kami dan kita tidak akan mengambil risiko.

“Berdasarkan laporan yang diterima, kawasan di Kampung Sungai Baru masih belum selamat untuk didiami.

“Ini berikutan kejadian di mana seorang mangsa dilaporkan jatuh sakit selepas pulang ke kawasan yang masih tidak selamat,” katanya.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera