Subkontraktor rugi RM1.29 juta jadi mangsa pelaburan tak wujud

KUANTAN – Seorang subkontraktor wanita kerugian RM1.29 juta selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud ditawarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, mangsa yang turut bekerja sebagai juruaudit syarikat dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan pada 16 Julai lalu.

Katanya, mangsa pada awalnya melabur RM50,000 dalam pakej asas dan menerima pulangan modal serta keuntungan berjumlah RM49,000.

“Dalam tempoh 16 Januari hingga 25 Mac, mangsa membuat 26 transaksi kepada lima akaun bank berbeza yang keseluruhannya RM1.29 juta.

“Selepas pemindahan itu, mangsa diminta membuat pembayaran tambahan kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan yang dianggarkan bernilai RM3,150,754.63 sebelum mula menyedari dirinya ditipu.

“Sumber kewangan dari simpanan mangsa, gadaian barang kemas dan pinjaman daripada rakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Posts

Bekas pemandu bas harap kenaikan gaji minimum bantu pekerja berpendapatan rendah

MIRI – Pengalaman menerima gaji RM600 sebulan ketika bekerja sebagai pemandu bas mendorong Khiew Foh Sin, 59, berharap kenaikan gaji minimum yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dapat membantu pekerja berpendapatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASEAN perlu perkukuh kerjasama hadapi kecemasan kesihatan, bencana – Hanifah

MIRI -Negara anggota ASEAN perlu memperkukuh kerjasama dan perkongsian kepakaran bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kesihatan awam, bencana alam serta cabaran akibat perubahan iklim. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pemandu bas harap kenaikan gaji minimum bantu pekerja berpendapatan rendah

Bekas pemandu bas harap kenaikan gaji minimum bantu pekerja berpendapatan rendah

ASEAN perlu perkukuh kerjasama hadapi kecemasan kesihatan, bencana – Hanifah

ASEAN perlu perkukuh kerjasama hadapi kecemasan kesihatan, bencana – Hanifah

Inkues Zara Qairina: Keputusan 15 Januari 2027, hujahan bertulis 15 Disember

Inkues Zara Qairina: Keputusan 15 Januari 2027, hujahan bertulis 15 Disember

99 peserta ASEAN sertai latihan simulasi ancaman biologi di Miri

99 peserta ASEAN sertai latihan simulasi ancaman biologi di Miri

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura