Pengarah Mahkamah Negeri Sabah maut dalam kemalangan jalan raya di Kanowit

KANOWIT – Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin Pagan, 56, maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Bulatan Kanowit-Durin pada petang semalam.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 1.59 petang Ahad apabila Toyota Fortuner yang dinaiki oleh mangsa bertembung dengan Proton X70.

Kejadian ini berlaku apabila sebuah Toyota Fortuner yang dipandu oleh seorang wanita berusia 28 tahun, sedang dalam perjalanan dari pekan Kanowit menuju ke Sibu dilanggar oleh Proton X70 yang datang dari arah bertentangan.

Kesan daripada perlanggaran itu, Toyota Fortuner tersebut terbalik dan menyebabkan Marutin tercampak keluar sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu Proton X70 yang berusia 42 tahun, serta pemandu Toyota Fortuner dan empat penumpang lain dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kanowit untuk rawatan lanjut.

Maria Pagan, adik kepada mangsa, dalam satu perkongsian di Facebook, menyatakan bahawa Marutin sedang dalam perjalanan pulang dari Machan di Kanowit menuju ke Sibu ketika tragedi itu berlaku.

Marutin Pagan pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Bintulu, Sibu, dan Kuching sebelum dilantik sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Sabah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kehakiman negara.

Related Posts

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

KUCHING – Usahawan belia di Sarawak yang berkelayakan kini berpeluang memohon geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 menerusi Program Sarawak Youth StartUp (SYStartUP), selain mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan pinjaman mudah berjumlah keseluruhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis. Pengarah JAIS, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026