Jualan Rahmah Ramadan Raya ringankan beban kos sara hidup rakyat

KUCHING – Jualan Rahmah Ramadan Raya bantu rakyat berbelanja pada harga murah sempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata terdapat banyak barangan keperluan asas dijual pada harga murah.

“Kalau kita dapat lihat terdapat banyak barangan keperluan asas ditawarkan kepada pengguna pada harga diskaun antara 10 hingga 30 peratus bagi membuat persiapan Hari Raya,” ujar beliau yang juga merangkap Timbalan Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Jabatan Premier Sarawak.

Tambah beliau, inisiatif Jualan Rahmah Ramadan Raya memudahkan semua golongan dapat membeli-belah pada harga murah dan berpatutan.

“Ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu masyarakat secara keseluruhan,” ujar beliau ketika ditemui oleh media selepas ‘Walkabout Sempena Pemeriksaan Dan Pemantauan Program Jualan Rahmah Ramadan Raya’ di Pasar raya Mydin Vista Tunku di Kuching pada Jumaat.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ke seluruh negara.

Menteri berkenaan, Datuk Armizan Mohd Ali berkata inisiatif ini merupakan salah satu usaha kerajaan meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Selain itu, PJRM juga yang menawarkan harga diskaun antara 10 hingga 30 peratus bagi pelbagai barangan keperluan harian.

Turut hadir Ketua Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut