Dua warga asing dicekup miliki peralatan bom ikan

SEMPORNA – Dua lelaki warga asing dicekup polis selepas didapati memiliki bahan letupan bom ikan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Hidayat, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek berumur 17 dan 48 tahun itu ditahan sepasukan anggota Polis Balai Bum-Bum Kira-kira pukul 8.30 malam.

“Semasa serbuan beberapa barangan peralatan membuat bom ikan ditemui antaranya tujuh unit ‘non-electrical’ datenator, dua gulung fius berwarna merah, dua tong putih 18 liter berisi baja putih, dan tiga botol kaca baja putih siap diproses.

“Pemeriksaan turut mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.


Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Polis menzahirkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan mengalu-alukan kerjasama untuk melaporkan sebarang kegiatan bom ikan di daerah ini.

“Polis juga tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas bagi membanteras aktiviti yang membahayakan nyawa, merosakkan ekosistem serta mengancam keselamatan negara,” katanya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut