Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar

MAJLIS Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI di Jalan Masjid India hari ini berjalan lancar dengan pemantauan oleh petugas keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan (RELA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyempurnakan peletakan batu asas di tanah wakaf milik syarikat tekstil, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) itu.

Dalam ucapannya, Anwar menyifatkan pembinaan Masjid MADANI ini adalah simbol kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam dalam berunding ketika menghadapi sesebuah isu.

Perkara ini berikutan, Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bersetuju untuk berpindah ke lokasi baharu untuk memberikan laluan pembinaan masjid tersebut.

Beliau berkata, pendekatan harmoni ini dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan pembinaan masjid oleh Kumpulan Jakel di tapak berkenaan.

“Saya nak ajak, kita lihat umpamanya dalam kemelut ini memang betul rakan-rakan saya dan jemaah menteri tahu dari awal saya kata tegas runding… ya, tolak ansur… tapi tidak berganjak daripada keputusan kita bahawa masjid wajib didirikan di sini, tapi harus ada hikmah.

“Saya nak dengan sedikit sebanyak pergeseran itu saudara jawatankuasa baru dengan majlis agama cari jalan, ada majlis bawa semula persahabatan kita.

“Negara ini harus tegak sebagai negara yang aman, hanya negara yang aman yang keselamatannya terjamin,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah di sini, hari ini (27 Mac).

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Pada masa yang sama, Anwar turut membidas segelintir pihak yang melampau batas dalam menyuarakan isu kuil itu.

“Saya tahu dalam keadaan reaksi dari beberapa kalangan baik kelompok Islam juga kelompok Hindu yang agak melampau, yang tidak peduli lontar apa yang disebut dalam media sosial tanpa memikirkan pertama apa benar, apakah fakta itu betul? Ya, apakah kesannya itu buruk?

“Kita kena ingat kemenangan kita ini (pembinaan Masjid MADANI) bukan kerana keangkuhan… aku menang. Kemenangan kita ini (membuktikan) yang kita mampu menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam, bukan keangkuhan.

“Falah (kejayaan atau kemenangan) itu apabila kita dapat muncul sebagai contoh yang baik… orang Islam peribadinya baik, ihsan, penyayang dan adil. Bukan contohnya itu bengis dan benci,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil