Lencana Jalur Gemilang diberi percuma, semai semangat cintakan negara – Fadhlina

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dua set lencana Jalur Gemilang akan diberi secara percuma kepada semua pelajar.

“Tujuannya adalah untuk menaikkan semangat patriotisme dan cintakan kepada negara dalam kalangan pelajar.

“Nanti minta anak-anak jaga elok-elok ya,” ujarnya lagi di Facebook apabila ada warganet ajukan pertanyaan perkara tersebut. 

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 2025 menetapkan pemakaian Lencana Jalur Gemilang sebagai sebahagian daripada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah KPM.

Dalam surat pekeliling ikhtisas (SPI), perkara tersebut sudah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 14 Februari lalu dan akan berkuat kuasa pada 21 April ini. 

Keputusan ini diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Februari 2025 bertujuan menyemai semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid.

Selain itu, KPM mengambil inisiatif ini untuk memastikan generasi muda memahami dan menghormati simbol kebangsaan Malaysia.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang perlu disematkan pada sebelah bahu kanan baju seragam pelajar sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi, dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia.

Dengan pelaksanaan garis panduan ini, KPM berharap dapat memperkukuhkan semangat cinta negara, disiplin, serta identiti kebangsaan dalam kalangan murid di Malaysia.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit