JKOM akhiri siri jelajah ke-6 Ihya’ Ramadan di Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menutup tirai program Ihya’ Ramadan di Sabah selepas menjelajah Zon Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Sarawak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata, program yang bertemakan mendekati komuniti dan membawa semangat Ihya Ramadan dapat diterapkan dalam kehidupan masyarakat.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur melihat semua program yang kami lalui sebab temanya iaitu mahu mendekati komuniti.

“Kita nak mengajak anak-anak sempena Ramadan Al-Mubarak ini semangat Ihya Ramadan itu, berkat musyawarah itu, mari kita bersama-sama untuk menjaga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Ihya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia Madani Bekerja anjuran JKOM Sabah di Masjid Nurul Hidayah, Kg Bangka-Bangka, di sini pada Rabu.

Tambahnya, semangat kesatuan bangsa terus menjadi keutamaan JKOM dalam mendekati masyarakat dengan menekankan pentingnya pemahaman mendalam dalam kalangan pemimpin komuniti sebagai ejen perubahan paling berkesan.

“Kita nak menjaga negara, sebab bagi kami di JKOM, semangat kesatuan bangsa ini sangat penting.

“Ia bukan hanya soal Sabah dan Sarawak tapi di Semenanjung pun. Soal kesatuan bangsa ini bukan satu yang mudah.

“Jadi bila kita turun, kita mendekati pemimpin komuniti ini yang paling hampir dengan anak-anak. Jadi kalau mereka faham, saya fikir mereka adalah ‘the best influencer’ lah,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengambil kesempatan melalui program Ihya Ramadan ini untuk berpesan kepada setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam menentukan pembinaan sebuah negara bangsa.

“Dengan mesej kami satu saja, iaitu menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk menjaga negara ini, ini negara kita.

“Jangan biarkan sosial media menentukan masa depan kita. Jangan biarkan faktor-faktor luaran yang menentukan masa hadapan kita.

“Yang nak kita bina ini, bukan hanya sebuah negara yang berdaulat, bermaruah tetapi yang bertamadun. Jadi cita-cita nak membina ketamadunan ini ialah sejarah negara bangsa kita,” tegasnya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil