RM1,000 buat penjawat awam Johor, RM100 untuk petugas barisan hadapan

ISKANDAR PUTERI – Seramai 20,821 penjawat awam Johor bakal menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 berjumlah RM1,000 yang akan disalurkan pada minggu pertama perayaan itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, manakala sejumlah 54,901 anggota barisan hadapan seperti polis, tentera, bomba, doktor dan jururawat yang bertugas di negeri ini pula menerima ‘duit raya’ berjumlah RM100.

Menurut beliau, keseluruhan bantuan bernilai lebih RM30 juta itu turut meliputi beberapa lagi agensi lain bagi meringankan beban golongan berkenaan dalam meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Ini termasuklah RM18.4 juta Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 90,439 asnaf fakir dan miskin serta RM3.4 juta sebagai bantuan one-off kepada 6,970 imam dan bilal.

“Selain itu, peruntukan bernilai RM1.6 juta juga disalurkan untuk pelaksanaan Jualan Kasih Johor yang berlangsung di 57 lokasi. Ini bertujuan memberikan manfaat kepada 200,000 rakyat negeri ini untuk membeli barangan keperluan pada Aidilfitri dengan harga murah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, golongan Orang Asli kategori asnaf dan mualaf turut tidak terkecuali menerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri yang membabitkan jumlah sehingga RM1.5 juta.

“Manakala, RM70,000 pula untuk Tajaan Pengangkutan Mahasiswa Anak Johor Pulang ke Kampung melibatkan 30 buah bas untuk 550 mahasiswa.

“Dalam masa sama, nilai bantuan ini turut meliputi jumpah RM3,000 yang akan diagihkan kepada 3,749 ketua isi rumah (KIR) terjejas akibat banjir baru-baru ini,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak