Kg Bangka-Bangka bakal terima masjid baharu – Mustapha

KOTA KINABALU – Kampung Bangka-Bangka bakal menerima sebuah masjid baharu tahun ini susulan peruntukan sebanyak RM6 juta yang telah diluluskan tahun lalu, kini dalam proses konsultasi.

Ahli Parlimen Sepanggar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, peruntukan itu melibatkan naik taraf dan pembinaan masjid baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 2024.

“Perdana Menteri telah meluluskan RM6 juta bagi pembinaan masjid baharu di Kampung Bangka-Bangka tahun lalu. Insya-Allah, projek ini kini dalam fasa konsultasi.

“Sekiranya tiada halangan, pelaksanaannya dijangka bermula dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada program Ihya’ Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di Masjid Nurul Hidayah, Kg Bangka-Bangka, di sini pada Rabu.

Mustapha (kiri) bersama Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop

Beliau turut menyarankan JKOM untuk menonjolkan keunikan Sabah sebagai model kepelbagaian dan keharmonian dalam negara.

“Kita di Sabah boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain, bagaimana masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup rukun, saling menghormati, serta bersama-sama dalam program tanpa sebarang masalah, termasuk kehadiran bukan Islam ke masjid.

“Mungkin JKOM boleh mengangkat sisi ini sebagai model perpaduan Sabah atau seperti yang sering disebut oleh mufti kita, ‘fiqh Sabahi’, sesuatu yang unik di negeri ini.

“Kepelbagaian yang kita ada boleh disatukan dalam satu adunan yang membawa kepada kehidupan aman dan makmur,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 34 golongan asnaf menerima bakul makanan dan sumbangan tunai daripada Ahli Parlimen Sepanggar, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), serta jemaah masjid kampung tersebut.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP