5GB ‘data raya’ untuk rakyat Malaysia pada hari pertama Aidilfitri

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi mengumumkan pemberian Insentif Rebat Rahmah berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemberian itu akan memberi manfaat kepada semua warganegara Malaysia yang melanggan pelan prabayar dan pascabayar pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

“Pemberian insentif rebat telekomunikasi itu ditanggung oleh kerajaan dan sepenuhnya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi terlibat.

“Tambahan kuota data itu sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Tawaran istimewa kepada pengguna syarikat telekomunikasi terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com,” katanya pada Sidang Media Pasca Kabinet pada Rabu.

Mengulas lanjut katanya, usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Manakala, senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

Related Posts

Video Menteri Dalam Negeri upacara kahwin bukan Islam rakaman 2023 – JPN

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengupacarakan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam yang tular semula di media sosial bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Raja Permaisuri Agong bimbang kesan jerebu terhadap kesihatan murid

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap kesihatan dan kesejahteraan murid serta pelajar sekolah susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Seri Paduka bertitah, kanak-kanak khususnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

  • By Fatin
  • October 17, 2026
16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

HASiL iktiraf peranan media, kutipan cukai lepasi RM200 bilion pada 2025

HASiL iktiraf peranan media, kutipan cukai lepasi RM200 bilion pada 2025

Henti sementara pergerakan lori balak hingga siasatan selesai – Suhaimi

  • By Fandi