Kuil di Jalan Masjid India setuju untuk berpindah

PIHAK Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India telah bersetuju untuk berpindah ke tapak berdekatan, kata setiausaha kuil Kartik Gunaseelan.

Kaarthik berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin (24 Mac).

“Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.

“Tapak baru itu berdekatan dan dalam kawasan Jalan Masjid India, serta sesuai sebagai tapak alternatif,” kata Karthik kepada media.

Dia berkata, perkara ini akan dimuktamadkan menerusi mesyuarat antara jawatankuasa kuil dan DBKL mengenai perkara teknikal pada petang ini serta pengumuman rasmi menyusul.

Sementara itu, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mengesahkan bahawa kuil itu telah bersetuju untuk dipindahkan ke tapak alternatif, dengan kos ditanggung.

Pagi tadi (25 Mac), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kontroversi tanah berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang.

Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis ke-218, Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya terdahulu atau kini.

Terdahulu, kesahihan kuil di tapak itu dipersoalkan kerana pihak berkepentingan menyatakan kuil itu telah berada di sana selama 130 tahun dan sebahagiannya telah memberi laluan untuk pembangunan semula selama ini.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, yang terletak di atas tanah milik Kumpulan Jakel, bermula seminggu lalu antara syarikat itu, pengurusan kuil, dan DBKL.

Datuk Bandar Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata DBKL bertindak sebagai fasilitator bagi memastikan proses pemindahan dari tanah persendirian ke tapak baharu dikendalikan dengan lancar.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat