Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyeru ahlinya agar menyambut proses pemilihan parti dengan semangat demokrasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam parti dan menjadikannya sebagai landasan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapa Sakmud berkata, pemilihan parti adalah satu proses demokrasi yang perlu diraikan bersama-sama dengan harmoni untuk mengukuhkan jentera dalam PRN akan datang.

“Walaupun terdapat persaingan antara calon seperti Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Naib Ketua Cabang, Pimpinan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan, marilah kita bersama-sama meraikan proses demokrasi ini dengan penuh harmoni.

“Yang penting kita jadikan pentas demokrasi ini untuk mengukuhkan jentera parti kita,” katanya semasa ucapan Majlis Iftar bersama-sama MPN Keadilan Sabah, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa mungkin Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan selama ini jentera parti kurang aktif. 

Katanya, apabila tiba musim pemilihan parti, ramai yang ingin bertanding dan mula mendekati ahli-ahli di peringkat akar umbi yang sebelum ini kurang diberi perhatian.

“Jadi ini adalah satu ‘wake-up call’ untuk kita sebagai persediaan menghadapi PRN yang akan tiba tidak lama lagi.

“Jangan jadikan pertandingan ini sebagai medan untuk mencipta musuh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan agar ahli berhati-hati dengan pihak luar yang mungkin mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan parti.

Beliau berharap semua pihak memahami bahawa pemilihan ini adalah sebahagian daripada pertandingan dalam keluarga besar PKR.

“Kita tidak mahu ada pihak-pihak yang luar parti kita mengambil kesempatan ini untuk memporak-perandakan kita,” katanya.

Mustapha turut mengulas berkenaan analisis yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDEA) berkenaan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lepas, menunjukkan Pakatan Harapan (PH) memperoleh undi popular berbanding parti komponen yang lain.

“Apabila dikira dan dianalisa, PH memperolehi undi popular dalam kalangan komponen-komponen pakatan yang lain. 

“Jadi maknanya kita di Sabah ini, kita masih ada penyokong- penyokong yang berada di mana-mana,” ujarnya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24