Angka mangsa banjir di Johor kini mencecah lebih 10,000

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di Johor semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa kini melonjak sehingga 10,763 orang membabitkan 3,018 keluarga.

Angka itu menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 24jam apabila hanya seramai 893 mangsa terdiri daripada 257 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, semua mangsa banjir dari daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai itu kini dipindahkan ke 98  pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sehingga jam 8 pagi ini, Johor Bahru masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir paling tinggj dengan mencecah 4,291 orang daripada 1,138 keluarga ditempatkan di 27 PPS.

“Ini diikuti Kota Tinggi dengan 1,762 mangsa (504 keluarga) di 17 PPS dan Pontian pula meningkat kepada 1,395 mangsa (387 keluarga) di 19 PPS,@ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu menurut beliau, jumlah mangsa banjir di Kluang kini melibatkan 2,163 mangsa membabitkan 635 keluarga di 27 PPS manakala Kulai kini mencecah 1,152 orang terdiri 354 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah yang dijangka berlaku sehingga hari ini.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran