‘Syukur Allah masih sayang saya, walau hampir maut tersusuk besi’

SUNGAI PETANI – “Bersyukur kepada Allah kerana memanjangkan usia saya walaupun kejadian besi cerucuk konkrit tertusuk pada pipi hingga tepi kepala memang menakutkan dan hampir meragut nyawa saya.”

Itulah luahan seorang buruh binaan, Azlan Mahmood, 55, ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.

Katanya, dia juga bersyukur kerana tidak mengalami kecacatan kekal kerana besi tersebut tidak terkena otak dan bahagian penting lain.

“Batang besi terakhir berjaya dikeluarkan oleh pasukan perubatan hospital, awal pagi semalam selama kira-kira dua jam. Doktor beritahu saya tidak mengalami komplikasi lain akibat kecederaan tersebut,” katanya yang tinggal di Jalan Jeniang, Gurun dekat sini.

Menceritakan semula kejadian, kata bapa kepada lima anak itu, dia baru sahaja mengambil upah membina penghadang longkang di lokasi kejadian di Kampung Bukit Hangus, Jeneri di Sik, dekat sini.

“Kelmarin merupakan minggu kedua saya bekerja di situ. Selepas selesai membancuh simen kira-kira pukul 9.30 pagi, saya menggunakan motosikal roda tiga milik seorang penduduk untuk mengambil pam air di kampung sebelah.

“Ketika menuruni jalan yang agak berbukit di situ, motosikal yang saya tunggang hilang kawalan sebelum terbalik ke tapak pembinaan menyebabkan besi cerucuk tertusuk ke bahagian pipi hingga kepala,” ujarnya yang bekerja berseorangan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan