Dua juta kenderaan perantau balik Kelantan jelang Aidilfitri

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menganggarkan dua juta kenderaan memasuki negeri itu sempena Aidilfitri.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata kemasukan itu membabitkan tiga laluan iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

Katanya, trafik dijangka sesak di semua laluan bermula 28 Mac memandangkan kebanyakannya sudah mula bercuti.

“Untuk Aidilfitri kali ini, kita menjangkakan dua juta kenderaan perantau memasuki Kelantan… trend kemasukan kenderaan dalam jumlah besar ke Kelantan ini situasi biasa setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kita jangka bermula Jumaat (28 Mac), trafik akan mula sesak di semua laluan masuk ke Kelantan.

“Justeru, kita mengingatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Pada masa sama, katanya, seramai 187 pegawai dan anggota penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi khusus bagi memantau keadaan trafik menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik