Lelaki ditahan baling mercun ketika perlawanan bola sepak

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan oleh pihak polis kerana disyaki membaling mercun ketika perlawanan bola sepak antara Kuching City dengan Selangor FC di Stadium Negeri Sarawak pada malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian ini berlaku sekitar 10.50 malam ketika pasukan polis menjalankan tugas kawalan keselamatan.

“Lelaki tersebut didakwa membaling objek ke arah balapan stadium sebelum letupan kuat kedengaran dipercayai berpunca daripada mercun,” jelas beliau.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membawa bahan terlarang ke stadium bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga.

Saksi kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, SM Kipli Jeman di talian 019-6784444.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan