Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

SANDAKAN – Sandakan Heritage Walk berupaya mempromosikan gaya hidup sihat di samping mempelajari sejarah bandar Sandakan serta pokok warisan.

Acara berjalan kaki anjuran Alumni St Cecilia pada Sabtu itu berjaya menghimpunkan 102 peserta termasuk pelancong asing selain dihadiri Timbalan Yang Dipertua 1 Majlis Perbandaran Sandakan, Wilson Thomas.

Pengasas yang juga Pengerusi Jejak Warisan Sandakan, Lai King Hang berkata,  peserta diberi taklimat mengenai inisiatif mengenal pasti pokok-pokok warisan yang terdapat di sepanjang laluan 2.6 kilometer ‘Sandakan Heritage Trail’ sebelum acara bermula.

“Beberapa pokok besar telah ditandakan dengan sistem kod respons pantas (QR) yang memudahkan peserta untuk mengimbas dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pokok-pokok warisan yang dipamerkan.

“Inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan bantuan Dr. Arthur Chung dan Dr. Joan T. Pereira dari Jabatan Perhutanan Sabah yang turut memberi sokongan dalam mengenal pasti dan memelihara pokok-pokok bersejarah di kawasan tersebut.

“Sepanjang laluan itu juga, masih banyak pokok tua yang turut akan ditanda pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Sementara itu, Presiden Alumni St Cecilia, Lily Aw, menzahirkan penghargaan atas sokongan semua pihak terhadap acara terbabit yang menggalakkan kepentingan aktiviti fizikal sambil mendidik peserta tentang sejarah Sandakan.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar