LAHAD DATU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mahu mempertahankan kerusi DUN Segama miliknya dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.
Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Ahli Parlimen Lahad Datu itu berkata, perkara itu sekiranya beliau masih mendapat sokongan pencalonan selain bergantung pada keadaan semasa dan kesihatannya.
“Kalau diperlukan untuk saya tanding dan kesihatan mengizinkan, saya tanding, kalau tidak perlu tanding dan kesihatan tidak mengizinkan, berehat begitu sahaja,” katanya kepada media selepas Majlis Iftar dan pengagihan sumbangan kepada asnaf di Lahad Datu, pada Sabtu.
Ketika diminta mengulas mengenai politik semasa di Sabah yang agak kompleks, Mohamaddin menyatakan tidak terikut dengan senario tersebut serta menyerahkan kepada pemimpin atasan untuk menyelesaikan sebarang pergolakan.
Pada PRN Sabah ke-16, Mohamaddin yang bertanding atas tiket Parti Warisan menyandang kerusi DUN Segama, bagaimanapun, mengumumkan keluar dari parti itu pada 2021 sebelum menyertai Bersatu seterusnya Parti Bangsa Malaysia dan menyertai UMNO serta menyokong kerajaan GRS.
Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali
PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…
Lebih lanjut





