Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

SEORANG lelaki dikehendaki polis dalam kes samun bersenjata api maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Pangkalan TUDM Gong Kedak, dekat Besut, Terengganu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.20 pagi ketika sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman menjalankan Op Laras di kawasan berkenaan.

Ketika rondaan, pasukan itu terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika anggota polis cuba menahan bagi memeriksa kenderaan itu, suspek berusia 31 tahun bertindak agresif dan melepaskan tembakan.

“Suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah pasukan polis, menyebabkan mereka terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

“Apabila keadaan kembali terkawal dan tiada sebarang ancaman, pihak polis melakukan pemeriksaan dan mendapati suspek tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Khairi berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek menemukan sepucuk pistol bersama kelopak berisi peluru di lantai tempat duduk pemandu.

“Polis turut menjumpai satu bungkusan hitam dipercayai dadah jenis pil kuda serta satu plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu… nilai rampasan dianggarkan RM29,000.

“Hasil semakan mendapati suspek berasal dari Pasir Puteh, Kelantan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, ugutan jenayah, pecah rumah, curi serta samun bersenjata api pada 2023.

“Kita percaya suspek terlibat dalam sindiket jenayah dan dadah, malah dadah yang ditemui (dalam kenderaan) dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola