Ganggu penyu: Lima penyelam termasuk syarikat dikompaun

KOTA KINABALU – Lima penyelam dan syarikat pengendali pelancongan dikenakan kompaun kerana kejadian mengganggu penyu di Pulau Manukan menerusi sebuah video yang tular, baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, kompaun tersebut dikeluarkan melalui Taman-Taman Sabah (TTS) yang telah mengambil tindakan tegas berdasarkan Enakmen Taman-Taman 1984 (Pindaan 2024).

“Kementerian memandang serius kejadian itu dan notis kompaun dikenakan terhadap lima individu terlibat serta syarikat yang bertanggungjawab.

“Tindakan yang dilakukan oleh individu-individu dalam video itu adalah tidak bertanggungjawab serta bertentangan dengan prinsip pemuliharaan hidupan marin yang ditekankan oleh Kerajaan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Christina turut menggesa semua pengendali pelancongan memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab bagi memastikan pelancong serta kakitangan masing-masing mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.

“Kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan ini adalah penting bagi memastikan ekosistem marin kita terus terpelihara untuk generasi akan datang.

“Kerajaan negeri kekal komited dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan hidupan liar dan ekosistem semula jadi, sama ada di dalam atau luar kawasan taman,” tegasnya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat