Persiap diri dengan ajaran agama, bentuk akhlak dan akidah yang teguh – Awang Tengah

LAWAS – Anak muda disarankan sentiasa mempersiapkan dengan ilmu agar dapat membentuk akhlak serta akidah yang teguh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ajaran agama dapat membentuk membentuk anak-anak berfikiran positif bukan didorong dengan emosi yang tidak stabil.

“Manusia perlu sentiasa berusaha mengurus diri serta mempersiapkan diri dengan menuntut ilmu agar dapat membentuk akhlak dan akidah yang teguh,” ujar beliau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lawas.

Selain itu, kata beliau, semua pihak perlu memainkan peranan agar dapat membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, masa yang lapang perlu diisi dengan aktiviti yang penting dan berfaedah,” kata beliau lagi ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Untuk Pegawai-Pegawai Masjid dan Surau serta Ketua-ketua masyarakat Daerah Lawas pada Jumaat.

Sementara itu, Awang Tengah sentiasa mengingatkan semua masyarakat agar berpegang teguh kepada ajaran agama.

“Ini kerana masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama dapat menjauhikan diri daripada terlibat aktiviti seperti penyalahgunaan dadah yang membinasakan diri, keluarga dan mayarakat,” kata beliau lagi.

Turut hadir Pengarah Wilayah, Northern Region Development Agency (NRDA), Datu Ubaiduillah Abdul Latip; Pegawai Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air