Orang ramai diingatkan hati-hati cari kerja di luar negara

TUARAN – Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati sebelum menerima tawaran kerja di luar negara bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa eksploitasi atau kehilangan tanpa jejak.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kes individu hilang ketika bekerja di luar negara semakin membimbangkan dan menuntut kewaspadaan semua pihak.

“Kita sering dengar kes melibatkan kawasan seperti Thailand dan Myanmar.

“Jadi, nasihat saya, elakkan pergi ke sana tanpa maklumat jelas, apatah lagi untuk mencari pekerjaan,” katanya dalam sidang media selepas menemani seorang ibu, Noney Kinsun, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya, Taqdiril Alim Ag. Bakar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Madius juga memberi jaminan untuk membantu Noney menjejaki anaknya yang hilang di Myanmar sejak 26 Januari lepas.

Beliau berkata, beliau telah menghubungi Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, yang seterusnya meminta bantuan kedutaan Malaysia di Myanmar dan Thailand untuk menjejaki mangsa.

Sebagai ahli ASEAN Parliamentarians for Human Rights, Madius berkata akan memanfaatkan rangkaian hubungan dengan wakil Parlimen dari Thailand, Myanmar dan Kemboja bagi mencari penyelesaian.

Tambahnya, sebagai Ahli Parlimen Tuaran beliau menjalankan tanggungjawabnya untuk membantu mangsa yang merupakan penduduk Kampung Bukit Giling di bawah Parlimen jagaannya.

Sementara itu, menurut Noney, anaknya yang berusia 30 tahun itu kali terakhir dihubungi pada 26 Januari lalu ketika berada di Tachileik, Myanmar.

Beliau berkata, anaknya pada awalnya memaklumkan ingin ke Thailand untuk bertemu rakan, namun kemudian dibawa ke Myanmar.

“Kami tidak tahu siapa kawannya itu, dia tidak beritahu.

“Dia kata hanya mahu berjalan-jalan, tetapi mungkin sebenarnya dia ingin bekerja dan tidak mahu kami risau,” katanya.

Noney kini berharap anaknya dapat ditemukan dan dibawa pulang dengan selamat.

Related Posts

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri mengumumkan bantuan keseluruhan RM3,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Numbak. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026
  • AdenAden
  • August 31, 2026

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ‘salut’ sebagai tanda penghargaan kepada seluruh petugas yang telah mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

  • By Aden
  • August 31, 2026
Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026