7 premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah terbakar di Kundasang

RANAU – Sebanyak tujuh premis termasuk kedai runcit dan inap desa musnah dalam kejadian kebakaran di Pekan Kundasang, di sini, pada malam Khamis.

Bagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 8.37 malam.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada pukul 8.56 malam dalam jarak 18 kilometer mendapati kebakaran itu melibatkan tiga buah kedai runcit jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 10×20 kaki persegi terbakar sepenuhnya.

“Turut terbakar sepenuhnya dua buah rumah inap jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 26×36 kaki persegi dan sebuah blok rumah sewa 11 pintu jenis tidak kekal berkeluasan 100×350 kaki persegi.

“Selain itu, sebuah stor penyimpanan barang runcit jenis tidak kekal berkeluasan 30×50 juga terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ridwan, operasi pemadaman menggunakan dua aliran 900 kaki, tiga pancutan, salur bantu mula sumber air dari jentera dan pili bomba.

“Seramai 15 anggota bomba bersama dua buah jentera terlibat dalam operasi itu berjaya mengawal keadaan pada pukul 10.09 malam.

“Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 12.52 tengah malam setelah dipastikan tiada lagi bahaya wujud di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24