KBS Sabah sedia peruntukan RM3 juta kepada persatuan sukan

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah sedia peruntukan sebanyak RM3 juta kepada 51 persatuan sukan yang berdaftar di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Sabah pada tahun ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, Tatacara Penyaluran Geran Tahunan diluluskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan peruntukan yang disalurkan secara berintegriti.

“KBS Sabah terus mengekalkan peruntukan seperti tahun lalu, iaitu kira-kira RM3 juta diagih-agihkan kepada 51 persatuan sukan.

“Selaku menteri, saya menegaskan kepada semua persatuan sukan agar dapat menggunakan bantuan kewangan dari kerajaan negeri ini agar dapat melaksanakan program pembangunan atlet secara efisien dan bertanggungjawab.

“Jangan sesekali sia-siakan jumlah peruntukan yang diberikan ini kerana wang yang dibelanjakan ini merupakan duit rakyat yang amat berharga.

“Saya menyeru kepada semua persatuan untuk merancang, meneliti dan melaksanakan program masing-masing dengan sepenuh komitmen,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin sempena Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Sukan Kejohanan Kebangsaan, Antarabangsa dan Penyerahan Geran Tahunan Persatuan Sukan Negeri Tahun 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pada Khamis.

Dalam majlis sama, Fairuz berkata, Kerajaan Negeri terus mengiktiraf kejayaan atlet negeri ini dengan memperuntukkan sejumlah RM502,950 sebagai insentif kemenangan bagi atlet yang berjaya dalam kejohanan sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 2024.

“Daripada jumlah keseluruhan insentif itu, RM237,600 diperuntukkan kepada atlet ‘able’, manakala RM265,350 diberikan kepada atlet PARA yang telah mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai kejohanan.

“Pemberian insentif kemenangan ini agak besar tetapi sangat berbaloi dibelanjakan oleh kerajaan Sabah demi terus menarik minat dan penyertaan anak-anak muda Sabah dalam sukan, selaras dengan usaha kerajaan melahirkan atlet bertaraf dunia,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi