SEB pastikan tiada gangguan elektrik menjelang Aidilfitri

KUCHING – Sarawak Energy Berhad (SEB) akan memastikan tiada gangguan bekalan elektrik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili berkata, pihaknya bersama-sama pihak kontraktor bekerja lebih keras demi memastikan tiada gangguan elektrik di seluruh Sarawak.

“Kami akan terus memastikan sistem operasi berjalan dengan lancar dan langkah kontigensi akan diambil sekiranya berlaku sebarang gangguan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Sarawak Energy di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Sementara itu, Sharbini menyeru orang ramai agar terus berwaspada dan melaporkan kepada pihak SEB sekiranya berlaku sebarang aktiviti mencurigakan.

“Anda boleh menghubungi kami menerusi pusat perkhidmatan pelanggan kami iaitu aplikasi mudah SEB Cares atau laman Facebook Carina Sarawak Energy,” ujar beliau.

Tambah beliau, sokongan orang ramai dapat membantu sistem bekalan elektrik selamat dan berkesan.

Related Posts

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya
  • AdenAden
  • October 4, 2026

BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Oleh Jasmine Ae, Nana Mohamad dan Eveline B KUCHING – Isu kos sara hidup, pengekalan bantuan kewangan, peluang pekerjaan serta sokongan kepada golongan mahasiswa merupakan antara harapan utama yang disuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah