Pengasuh didakwa sebab kematian kanak-kanak perempuan

KUANTAN – Seorang wanita menangis ketika diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas dihadapkan atas tuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun pada 17 Februari lalu.

Tertuduh, Nur Nabilah Seikh Ruslan, 32, mengaku memahami pertuduhan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Siti Umairah Tiara Muhammad Naim di sebuah rumah di Lorong Bukit Rangin Damai, Perumahan Bukit Rangin, dekat sini.

Kesalahan dilakukan antara jam 6 petang hingga 8 malam pada 17 Februari 2025.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan, selain tidak dibenar diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 15 Mei sebagai tarikh sebutan laporan DNA kes itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Abdul Wahab di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh bersama suami dan empat yang lain direman bagi membantu siasatan kes pengabaian mangsa yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Februari lalu.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM