‘Bornean Sun Bear Action Plan in Sabah’ perkasa usaha pemuliharaan beruang madu

KOTA KINABALU – Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah melancarkan Pelan Tindakan Beruang Madu Borneo di Sabah, satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh pemuliharaan spesies hidupan liar itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah,  Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pelan tindakan itu berkait rapat dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) dalam mengurus pemuliharaan hidupan liar di peringkat antarabangsa.

“Pelan tindakan sebenarnya merupakan salah satu keperluan di peringkat antarabangsa.

“Sebagai contoh, jika anda mempunyai hutan simpan atau kawasan perlindungan, anda mesti mempunyai pelan pengurusan untuk kawasan tersebut.

“Begitu juga dengan spesies, jika anda mempunyai pelan tindakan untuk sesuatu spesies, itu bermakna anda sedang menjaga spesies tersebut. Inilah cara ia dikaitkan dengan DKBK,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran ‘Bornean Sun Bear Action Plan in Sabah’ di Ibu Pejabat, Jabatan Hidupan Liar Sabah, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas BSBCC, Dr. Wong Siew Te berkata, pelancaran ini bertujuan memastikan kelangsungan spesies beruang madu atau beruang matahari di negeri ini melalui pendekatan yang selari dengan dasar pemuliharaan sedia ada.

“Apabila sesuatu spesis seperti beruang matahari diangkat sebagai ‘umbrella species’, perlindungannya secara tidak langsung turut melindungi ekosistem lain.

“Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan keberkesanan dan mengoptimumkan kos pemuliharaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan beruang matahari sebagai maskot rasmi ‘Visit Malaysia 2026’ membuktikan betapa pentingnya spesies ini dalam industri pelancongan negara.

“Pemilihan beruang matahari sebagai maskot rasmi Visit Malaysia 2026 adalah bertepatan dengan keunikan dan keistimewaan spesies ini.

Wong juga berkata, pelan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi negara kerana dapat menarik ramai pelancong luar negara untuk datang ke Sabah bagi menikmati kepelbagaian hidupan liar yang tiada di negara mereka termasuk beruang matahari.

Jelasnya, pelancong datang ke Sabah untuk menikmati keunikan hutan hujan tropika serta kepelbagaian hidupan liar yang tiada di negara mereka.

“Apabila lebih ramai pelancong datang, ia membawa masuk lebih banyak pendapatan kepada ekonomi tempatan, sekali gus membuka peluang pekerjaan dari peringkat komuniti hingga ke peringkat negeri.

“Oleh itu, industri pelancongan berkait rapat dengan pemuliharaan hidupan liar, terutamanya di Sabah,” ujarnya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat