Sindiket beli kad ATM tumpas, dua diberkas

KOTA KINABALU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pembelian kad ‘Automated Teller Machine’ (ATM) dengan menahan dua individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.

Sindiket tersebut dipercayai membeli kad ATM dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 untuk digunakan dalam kegiatan penipuan tanpa pengetahuan pemilik asal.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata, sepanjang lima bulan lalu, seramai 21 individu yang dikenal pasti terlibat dalam sindiket ini telah ditahan.

“Penahanan mereka hasil tiga serbuan di sekitar daerah ini, turut membawa kepada rampasan 125 keping kad ATM daripada pelbagai institusi kewangan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Sehubungan itu, dalam serbuan terbaru pada 6 Mac lalu sekitar pukul 7.30 malam, dua suspek ditahan ketika cuba membeli kad ATM daripada pemilik asal.

“Kedua-dua suspek menawarkan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kad,” katanya.

Kasim berkata, ketika tangkapan dibuat polis turut merampas 10 keping kad ATM yang dipercayai milik individu lain.

“Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B akta sama,” katanya lagi.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjual, menyewa, atau menyerahkan kad ATM mereka kepada mana-mana individu atau pihak tertentu.

Tegas beliau, jika kad ATM digunakan untuk tujuan penipuan, pemiliknya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan serta denda antara RM10,000 hingga RM100,000, penjara antara satu hingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM