Mangsa banjir Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 beserta makanan

BEAUFORT – Mangsa-mangsa yang terjejas bencana banjir di sini dan di Membakut menerima bantuan kewangan kecemasan berjumlah RM1,300 daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata daripada jumlah itu, RM1,000 adalah daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM300 daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Selain itu, setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga akan menerima bantuan makanan,” katanya selepas melawat PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, di sini, pada Selasa.

Untuk rekod PPS tersebut menempatkan 147 keluarga terdiri daripada 412 mangsa dan  tujuh PPS telah dibuka sejak banjir bermula 7 Mac lalu, memberikan perlindungan kepada sejumlah 1,944 orang daripada 614 keluarga.

Sehubungan itu, semasa di PPS, Hajiji turut menyampaikan bantuan dan berbual dengan mangsa banjir.

“Saya datang ke sini untuk berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir sambil melihat sendiri keadaan di lapangan. Saya memberitahu mereka kerajaan memahami kesulitan mereka,” kata beliau.

Hajiji juga melawat kawasan bandar yang masih ditenggelami air, dan diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah, Mohd Nazri Ajun.

Susulan itu, Hajiji mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan semua saluran air, terutamanya longkang-longkang bagi mengurangkan banjir pada musim hujan.

Di samping itu, Hajiji turut mengadakan lawatan ke PPS Dewan Kesenian Islam, Membakut yang merupakan salah satu daripada empat PPS yang dibuka di daerah berkenaan untuk memberikan bantuan serupa kepada mangsa banjir di sana.

PPS Membakut kini menampung kira-kira 278 keluarga yang terdiri daripada 836 mangsa.

Turut mengiringi beliau adalah Setiausaha Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan wakil rakyat.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun