Inisiatif pendidikan percuma bakal diperluas ke UiTM Sarawak

KUCHING – Inisiatif pendidikan percuma bakal diperluas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak.

Menurut Rektor UiTM Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah, cadangan tersebut mendapat respons positif daripada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika kunjungan hormat baru-baru ini.

“Cadangan memberi biasiswa atau pendidikan percuma kepada pelajar untuk Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) khususnya UiTM mendapat respons positif daripada Premier Sarawak,” ujar beliau.

Tambah beliau, Abang Johari secara prinsip bersetuju dengan cadangan ini dan merupakan fasa kedua dalam memperluas peluang pendidikan kepada rakyat Sarawak.

“Cadangan ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

“Ini adalah salah satu langkah untuk memastikan lebih ramai rakyat Sarawak mendapat akses pendidikan tinggi yang berkualiti tanpa beban kewangan,” kata beliau kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Pada masa yang sama, Premier Sarawak turut mencadangkan agar UiTM Cawangan Sarawak memperluaskan kerjasama dengan kerajaan negeri, khususnya dalam sektor pertanian.

Beliau turut mencadangkan supaya UiTM terlibat secara aktif dalam projek transformasi sektor pertanian di kawasan Mukah, terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) berhubung penanaman padi.

“Dengan adanya kampus UiTM di Mukah, beliau mencadangkan agar UiTM turut membantu dalam projek penanaman padi, termasuk dalam aspek benih padi, produktiviti, dan hasil padi,” jelas Profesor Dr. Firdaus.

Selain itu, UiTM juga mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Kursi Tun Openg History and Heritage, satu inisiatif yang bertujuan untuk mendalami pengajian perkembangan Islam dan sejarah kebudayaan di Sarawak.

Ini dijangka menjadi satu lagi usaha penting untuk mengukuhkan identiti dan warisan Sarawak.

Dengan cadangan tersebut, kerajaan Sarawak dan UiTM Sarawak terus komited dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan di negeri ini, selain memastikan Sarawak terus berkembang dalam pelbagai aspek, terutama dalam bidang pendidikan dan pertanian.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok