B40 gembira beras tempatan di pasaran, bimbang penjualan terbuka dimanipulasi

KANGAR – Tindakan Kerajaan MADANI mengembalikan beras putih tempatan (BPT) ke dalam pasaran melegakan hati banyak pihak serta mendapat pujian kerajaan negeri ini.

Untuk rekod, sebanyak 13 tan metrik ™ beras putih dibawa masuk ke beberapa rangkaian pasar raya pada 1 Mac lalu, iaitu hari pertama BPT sepatutnya berada di pasaran.

Sehari selepas itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis memaklumkan sebanyak 30tm beras putih dibawa masuk ke Perlis di bawah seliaan Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras (KPB).

Tinjauan The Malaysia Press di beberapa pasar raya di Perlis sehingga hari ini mendapati bahawa, bekalan BPT terus dijual di beberapa pasar raya dan mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut seorang pekerja di sebuah pasar raya, sejak BPT masuk semula ke dalam pasaran, ia menjadi pilihan kebanyakan rakyat di negeri itu kerana harganya yang rendah.

“Beras ini memang menjadi pilihan utama penduduk. Saya diarahkan supaya memastikan setiap pembelian dihadkan hanya kepada dua kampit 10 kilogram (kg) kepada setiap seorang pembeli.

“Buat masa sekarang, sesiapa sahaja dapat membeli BPT. Namun syaratnya, tidak lebih dua kampit 10kg. Sebelum ini, banyak juga kampit yang dibawa, kini hanya tinggal sedikit,” katanya di sini hari ini.

Ketika ditanya berapa banyak BPT yang dibawa masuk ke pasar raya tersebut, wanita tersebut megatakan bahawa dia tidak pasti jumlah sebenar namun menegaskan beras tersebut memang sangat laris.

Sementara itu, seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Nor Azmi, 52, berkata, dia bersyukur dengan kembalinya BPT ke pasaran kerana meringankan kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan sepertinya.

“Saya memang gembira kerana beras sekampit 10kg ini dijual pada harga RM26. Ia sangat membantu kami sekeluarga untuk mendapatkan sumber makanan pada harga rendah.

“Bagaimanapun, saya bimbang BPT ini cepat habis di pasaran kerana ia dijual secara terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira mereka golongan B40 atau tidak,” ujarnya.

Nor Azmi berkata, mungkin kerajaan perlu melaksanakan kaedah tertentu bagi mengawal pembelian BPT untuk golongan B40 bagi mengelakkan ia diambil kesempatan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

Katanya, mungkin perlu ada arahan supaya beras tersebut hanya dijual kepada pemegang kad E-Kasih yang berdaftar atau mereka yang berdaftar sebagai asnaf melalui majlis agama negeri bagi mengelakkan manipulasi kepada penjualan BPT di seluruh negara.

Dalam pada itu, seorang lagi pelanggan, Norita Kadir, 39, berkata, terdapat juga kemungkinan BPT tersebut dibeli berulang kali dan digunakan untuk tujuan perniagaan disebabkan tiada kaedah atau garis panduan dikeluarkan oleh agensi berkaitan.

“Perkara seperti beli untuk berniaga memang tinggi risikonya. Pagi pergi beli, dapat dua kampit, pergi lagi petang dan malam di kedai lain, dapat lagi empat kampit. Sehari sudah dapat 60kg.

“Perkara ini perlu ada garis panduan atau kaedah, kita mohon agar agensi berkaitan segera ambil tindakan kerana kita tak mahu BPT ini menjadi seperti minyak masak subsidi yang disalah guna di restoran-restoran,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak