Integrasi aplikasi parkir digital mudahkan pengguna di Kota Kinabalu, Penampang

KOTA KINABALU – Pengguna aplikasi tempat letak kereta digital di Kota Kinabalu dan Penampang kini boleh menikmati kemudahan lebih baik menerusi integrasi antara dua sistem, ‘Sabah Smart Parking’ dan ‘Flexi Parking’.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Dr Sabin Samitah berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Perbandaran Penampang (MPP) ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna kenderaan yang sering berulang-alik antara kedua-dua kawasan tersebut.

“Sebelum ini, pengguna perlu memuat turun aplikasi berbeza untuk membayar parkir di Kota Kinabalu dan Penampang.

“Menerusi integrasi ini, mereka hanya perlu menggunakan satu aplikasi sahaja, sama ada ‘Sabah Smart Parking’ atau ‘Flexi Parking’, untuk membuat pembayaran di kedua-dua kawasan,” katanya.

Beliau berkata ketika Majlis Menandatangani MoU dan sidang media pelaksanaan integrasi aplikasi tempat letak kereta digital (Sabah Smart Parking dan Flexi Parking) bagi kawasan bandar raya Kota Kinabalu dan Penampang di sini pada Jumaat.

Sabin turut memaklumkan bahawa pelaksanaan sistem ini akan bermula secara rasmi pada 10 Mac nanti bagi memberikan masa kepada pengguna untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Ketika ditanya berkaitan dengan keselamatan dan privasi pengguna, beliau memberi jaminan bahawa aplikasi ini mematuhi piawaian keselamatan yang ketat, termasuk keperluan kawal selia oleh Bank Negara Malaysia bagi transaksi dalam talian.

“Selamat, ini memang selamat, sebab aplikasi ini juga digunakan di Semenanjung.

“Punya ciri-ciri yang lebih kurang sama, mungkin yang berlainan itu dari segi kadar bayaran dia ataupun ciri tambahan sahaja.

“Tapi dari segi aspek keselamatan kerana ini melibatkan pembayaran secara online yang memerlukan kebenaran daripada bank negara dan sebagainya.

“Sememangnya ia memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh agensi-agensi tertentu,” katanya.

Setakat ini, lebih 270,000 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ di Kota Kinabalu, manakala sekitar 80,000 pengguna menggunakan ‘Flexi Parking’ di Penampang.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM