Status keahlian ADUN Peter Anthony ditentukan selepas tempoh 14 hari – Speaker

KOTA KINABALU –  Status keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony hanya akan diputuskan apabila semua proses perundangan berkaitan dipenuhi selepas 14 hari, sebelum kerusinya dikosongkan secara automatik.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya berkata, ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lalu yang menolak rayuan kes jenayah melibatkan Peter sekali gus mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

“Mengikut Perkara 17(1)(e) Perlembagaan Negeri Sabah, seseorang ADUN akan hilang kelayakan jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.

“Namun, peruntukan ini perlu dibaca bersama dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan kehilangan kelayakan seorang ADUN,” katanya dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Jelas beliau, dalam kes ini, ada tempoh 14 hari bagi Peter untuk menggunakan semua saluran perundangan yang ada.

“Jika dalam tempoh itu beliau mengemukakan sebarang tindakan perundangan lanjut, maka statusnya sebagai ADUN akan bergantung kepada proses tersebut.

“Tetapi, jika tiada langkah perundangan diambil dalam tempoh 14 hari, kerusi beliau akan menjadi kosong secara automatik,” katanya.

Tambah beliau, keputusan mengenai langkah seterusnya adalah di tangan Peter dan peguamnya.

“Saya tidak boleh memberi pandangan mengenai tindakan yang perlu diambil kerana itu adalah tugas peguam beliau,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara tiga tahun serta-merta selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya pada 4 Mac.

Peter didapati bersalah memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2014.

Related Posts

Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

LAHAD DATU – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

  • By Fatin
  • August 27, 2026
Anggota Marin cedera jari, perut terkena tembakan semasa bertugas

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta