Terjemah lirik lagu guna bahasa isyarat dapat perhatian ramai

TAWAU – ‘Tak kenal maka tak cinta’ gambaran pepatah yang sesuai kepada seorang tenaga pengajar yang kreatif dan minatnya untuk mengetengahkan bahasa isyarat menerusi usaha menterjemah lirik lagu sehingga mendapat tontonan ramai di TikTok.

Ummi Nadiatus Syafiqah Ahmad, 34, ‘jatuh cinta’ dengan bahasa isyarat dan belajar mendalami bakat istimewa itu sejak 2010 semasa masih bergelar siswi di Politeknik Kota Kinabalu.

“Semasa di politeknik, ada kursus kemahiran berkenaan pengenalan kepada bahasa isyarat, jadi saya daftar dan pada masa yang itu juga saya ada rapat dengan pensyarah atau jurubahasa berdaftar iaitu Darmah Abdullah.

“Dari situ timbul minat dan memang kita tidak kisah tentang masa dan ada usaha untuk belajar bahasa isyarat ini sehingga aktif dengan memegang jawatan biro khas pelajar pekak.

“Jadi, setiap semester kita akan buat program bahasa isyarat secara terbuka selain bersama pelajar pekak di politeknik,” kongsinya kepada wartawan The Malaysia Press.

Pendedahan, kesedaran awam kepada OKU pendengaran

Menurut Ummi, bahasa isyarat merupakan bahasa unik kepada kita sebagai individu biasa (normal) mempelajarinya, individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan masalah pendengaran akan menghargai kita kerana boleh berkomunikasi dengan mereka.

“Apa yang paling penting dan perkara asas adalah kita hafal bahasa isyarat A,B, C dan nombor selain ucapan-ucapan ringkas supaya senang untuk berkomunikasi dengan mereka,” katanya.

Tambahnya, tidak dinafikan masih jarang masyarakat yang tahu berbahasa isyarat dan kurangnya pendedahan kepada awam untuk turut mempelajari bahasa isyarat tersebut.

Bagaimanapun, Ummi yang menetap di Tawau itu berkata, dia selesa dan gembira apabila menjadikan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi dan berkongsi cerita dengan golongan itu dengan lebih lancar dan jelas.

“Saya tidak bekerja dalam bidang yang memerlukan bahasa isyarat, tetapi sekiranya ada program yang membabitkan orang pekak, mereka tiada jurubahasa, saya dipanggil untuk membantu.

“Tapi untuk program-program itu, misalnya yang dibuat di Tawau, saya akan minta nasihat dan merujuk kepada pensyarah (Darmah) dan rakan saya Norliza Aman (OKU Pendengaran),” ujarnya.

Aplikasi bahasa isyarat menerusi lagu bermula di TikTok

Dedikasi dan kesungguhan yang luar biasa Ummi menyebabkannya membuka akaun TikTok dan memuat naik video pertamanya berbahasa isyarat iaitu lagu Terukir Di Bintang yang dinyanyikan artis Yuna, semasa Pandemik COVID-19.

“Saya cuma muat naik untuk suka-suka sebab di media sosial itu tiada yang kenal saya, malam tu saya tidur tapi esoknya saya terkejut sebab jadi viral sehingga jumpa orang pun cakap saya ‘TikTokers’,” gelaknya.

Selepas beberapa lama, Ummi tidak terlalu aktif di media sosial kerana ketika itu bekerja sebagai guru sukarela selain dalam tempoh beberapa tahun agak sibuk dengan pelbagai program.

Pada tahun ini, Ummi kembali menumpukan perhatian pada hobinya dan perkongsiannya menerusi lagu Angkat oleh MimiFly yang berjaya meraih sehingga 1.4juta tontonan di TikTok.

“Bila mahu buat lagi dengan bahasa isyarat tu, ekspresi muka pun penting sebab mahu  pastikan maksud lagu dan ekspresi tu sampai atau tidak sebab kalau bahasa isyarat ini, ada juga tidak ikut perkataan tetapi kita sampaikan maksud yang sama untuk mudah faham.

“Perkara ni saya akan rujuk dengan pensyarah dan rakan saya sekiranya mereka sudah nampak dan betulkan, baru saya akan upload video dalam TikTok,” katanya.

Dalam pada itu, Ummi juga berkongsi cabaran dihadapi sepanjang belajar bahasa isyarat terutamanya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk ‘Google Meet’ bersama pensyarah bagi memastikan bahasa isyaratnya betul.

“Selain itu saya juga lupa isyarat yang jarang digunakan manakala dari segi penyampaian melalui lagu, masih kurang yakin untuk buat isyarat lagu di hadapan orang ramai.

“Kebanyakan video saya rakam waktu tengah malam semasa orang rumah sudah tidur atau cari waktu orang tidak nampak.

“Apa yang saya sangat harapkan adalah masyarakat dapat lebih banyak pendedahan tentang bahasa isyarat, pelajarinya dan mengenali apa itu bahasa isyarat atau mempunyai asas untuk tahu cara berkomunikasi dengan orang pekak,” jelasnya.

Usaha anjur kelas bahasa isyarat

Sudah tentu setiap perkara yang mendatangkan manfaat ramai akan dikongsikan bersama orang lain.

Oleh itu, Ummi yang juga penyelaras acara berhasrat agar dapat merangka program bahasa isyarat terbuka kepada warga Tawau sebagai inisiatif memperkasa bahasa isyarat.

“Perancangan untuk buat kelas itu, lebih kepada bagi ruang kepada orang pekak itu sendiri yang mengajar kepada orang normal lain,  saya hanya sediakan platform untuk orang pekak dan orang normal boleh belajar bahasa isyarat.

“Dengan itu, orang awam kelak berani untuk buka ruang kepada komuniti pekak agar diberi peluang pekerjaan yang sama seperti orang normal yang lain,” tambahnya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak