Razeef bakal tanding jawatan MPP PKR, sokong Anwar PM penggal kedua

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin akan bertanding dalam Pemilihan PKR 2025 untuk jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan bagi sesi 2025 hingga 2028.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat berkata, seperti sedia maklum PKR akan mengadakan pemilihan parti bermula 14 Mac di peringkat cabang dan 3 Mei bagi peringkat MPP.

“Mengambil maklum pandangan dari akar umbi parti serta rakan-rakan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, saya menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan bagi jawatan tersebut.

“Saya harap pemilihan kali ini diadakan dalam suasana kekeluargaan bagi mengelakkan perpecahan, apatah lagi Sabah bakal berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka berlangsung seawal Julai tahun ini,” katanya melalui hantaran di laman Facebook, pada Sabtu.

Sehubungan itu beliau juga menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal mentadbir negara.

“Saya juga memohon sokongan dan dokongan rakan-rakan anggota parti yang bersama-sama saya untuk terus memperjuangkan agenda reformasi.

“Bagi merealisasikan agenda reformasi yang sedang diusahakan Kerajaan Madani, kita perlu memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia buat penggal kedua dengan PKR yang lebih kuat,” kata beliau.

Related Posts

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

KOTA SAMARAHAN – MOCA Resources Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa program pensijilan profesional dan peningkatan kemahiran berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zambry mahu pelajar manfaat peluang belajar di seluruh negara

KOTA KINABALU – Pelajar tidak seharusnya mengehadkan pilihan untuk melanjutkan pengajian hanya di negeri masing-masing, sebaliknya perlu memanfaatkan peluang menuntut ilmu di seluruh negara. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

UNIMAS, MOCA Resources meterai MoU perkasa pensijilan profesional OSH

Zambry mahu pelajar manfaat peluang belajar di seluruh negara

Zambry mahu pelajar manfaat peluang belajar di seluruh negara

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah