Program Minda Sihat JPKA Sandakan beri sokongan motivasi kepada kakitangan TTS

SANDAKAN – Program Minda Sihat anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sandakan sebagai inisiatif untuk memberi sokongan motivasi kepada kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) yang terdedah kepada tekanan kerja di kawasan luar bandar.

Menurut penyelaras program, Khamaran Suhaibul, kerjasama ini memberi peluang kepada pihak JPKA untuk lebih memahami cara kerja kakitangan TTS dan diharapkan program ini dapat meringankan beban tekanan yang mereka hadapi.

“Program yang julung kali diadakan di Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) Sabah ini melibatkan 20 orang kakitangan TTS.

“Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini antaranya pertandingan ‘explore race’.

“Kami faham bahawa mereka jarang untuk pergi ke tanah besar (Sandakan), jadi harapan kami agar mereka dapat menikmati suasana kebersamaan ini.

“Jika ada peluang, kita akan adakan lagi program seumpama ini, mungkin untuk kementerian atau agensi yang lain.

“Gabungan antara dua agensi ini memberi manfaat besar kepada kakitangan di TPPP, serta berharap lebih banyak pihak kementerian dan agensi dapat menyantuni kakitangan di luar kawasan seperti di Pulau Selingan agar mereka lebih gembira dan dapat bekerja dengan lebih seronok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan The Malaysia Press selepas menyempurnakan Program Minda Sihat di Pulau Selingan, pada Sabtu.

Sementara itu, Penolong Pengarah JPKA Sandakan, Ansharey Matarsad berkata, program ini mencapai matlamatnya iaitu kerjasama antara TTS dan JPKA Sandakan berjaya melaksanakan program yang pertama kali diadakan di TPPP.

Beliau berkata, program ini berjaya mencapai matlamatnya dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua agensi tersebut.

Katanya, jika ada peluang dan rezeki program ini akan dilaksanakan lagi di TPPP sekali gus memberi sokongan berterusan kepada para kakitangan TTS.

“Dengan kejayaan program ini, diharapkan lebih banyak inisiatif serupa dapat dijalankan bagi menyokong kakitangan yang bekerja di kawasan terpencil.

“Selain itu, dapat juga meningkatkan kesejahteraan mereka dalam melaksanakan tugas yang penuh cabaran.

“InsyaAllah, jika tiada halangan, kita akan merancang program ini lagi, mungkin tahun depan atau lebih awal,” katanya.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelancongan Sabah (LKNS), Kartini Madun, turut memberi penghargaan kepada kakitangan TTS yang sangat komited dalam menjaga keindahan pulau-pulau di Sabah.

“Dengan adanya program ini maka hubungan dalam kalangan kakitangan (TTS) makin erat, wujudnya semangat kekitaan justeru akan melancarkan lagi gerak kerja.

“Saya harap sebagai satu agensi yang di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), jadi kita sama -sama menjaga kepentingan kementerian ini dengan penuh integriti,” ujarnya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak