PRK DUN Ayer Kuning: Mesyuarat Khas 7 Mac ini – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac 2025 (Jumaat) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN itu.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Datuk Mohammad Zahir Datuk Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari 2025.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak, hari ini.

Bekas striker Perak pada awal 90-an itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian selepas beraksi bersama bekas pemain kebangsaan lain dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang di Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.

Ishsam berusia 59 tahun dilaporkan menghembus nafas akhir ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakannya, Mohd Zakaria Mohamad yang juga bekas pemain bola sepak Perak ketika dihubungi media.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rozlita Abdullah dan empat orang anak.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion