Jangan sebar gambar atau video jenayah seksual – Nancy Shukri

IPOH – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sekali lagi menegaskan masyarakat terutama pengguna media sosial supaya tidak mudah berkongsi gambar atau video mangsa jenayah seksual.

Teguran keras tersebut dibuat beliau apabila masih ada lagi segelintir pihak yang sewenang-wenangnya berkongsi video dan gambar susulan insiden kes cabul kanak-kanak perempuan yang berlaku di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa itu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan perbuatan menyebar serta berkongsi video tersebut adalah tidak wajar.

Malah, ujarnya, kes itu telah diambil alih oleh polis dan pihak kementerian turut memberi kerjasama dengan pihak D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak).

“Hari-hari kita bercakap tentang hal ini, tetapi masih juga terjadi.

“Kita harap sesiapa yang terima video atau berada di situ tidak semudahnya berkongsi keadaan mangsa cabul yang tentunya masih trauma dengan kejadian berkenaan.

“Seharusnya perkara seperti ini terutama sekali melibatkan kanak-kanak, jangan terlalu mudah untuk ditujukkan kepada awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Zon Utara di Kinta Riverfront Hotel, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Mengulas lanjut, Nancy meminta, sempena ketibaan Ramadan ini, masjid-masjid dapat mengambil langkah kawalan keselamatan lebih ketat bagi mengelakkan kejadian sama daripada berlaku.

“Diharap pihak pengurusan masjid terutama yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) menggunakan fasiliti itu dalam menjaga keselamatan terutama melibatkan anak-anak di masjid.

“Ini penting supaya tidak ada pihak yang boleh mengambil kesempatan dengan mudah di dalam kawasan masjid,” ujar beliau.

Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian 21 Februari lepas, seorang lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Batang Kali direman tujuh hari hingga 28 Februari ini.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX