Bekas ADUN Kemasik meninggal dunia

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali, meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital pakar swasta di Damansara, petang semalam.

Abu Bakar, 79, yang dipilih sebagai ADUN Kemasik selama lima penggal – bermula 1986 hingga 2004 – disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung dan beberapa komplikasi lain kira-kira jam 6.40 petang.

Anaknya, Mohd Amri Halimi, 53, berkata bapanya mengalami sesak nafas dan dibawa ke hospital terbabit 23 Januari lalu.

“Ayah juga disahkan mengalami paru-paru berair dan masalah buah pinggang, selainn sakit saraf sejak 2012.

“Keadaan itu menyebabkan ayah terpaksa menggunakan kerusi roda dan bertongkat untuk bergerak,” katanya.

Jenazah dibawa pulang ke Kampung Baru Kemasik dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kerteh.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat