UMNO Sabah fleksibel, terbuka untuk rundingan politik

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO Sabah bersikap fleksibel dan terbuka dalam membentuk gabungan politik.

Zahid berkata, beliau sentiasa terbuka bagi sebarang rundingan dengan mana-mana parti demi kestabilan negeri Sabah khususnya.

“Saya sangat terbuka untuk jalinan kerjasama parti-parti gabungan.

“Saya sebutkan bahawa pintu jangan ditutup rapat dan jangan dibuka terlalu luas.

“Maksudnya, kita sangat fleksibel untuk mengadakan perundingan supaya gabungan ini akan memberikan keberhasilan bagi mengukuhkan kestabilan politik, khususnya di Sabah,” katanya selepas meninjau Lawatan Projek Tebatan Banjir Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kawasan Persekitaran Kawasan Lido, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Zahid turut memberi gambaran bahawa kestabilan politik di Putrajaya perlu turut dirasai oleh rakyat Sabah, sambil menyatakan keyakinan terhadap masa depan politik Sabah.

“Saya nampak cahaya yang cukup terang di hujung terowong dan saya akan meneruskan tugas ini,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pandangan beberapa Ketua Bahagian UMNO yang lebih cenderung kepada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) berbanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Zahid menegaskan bahawa rundingan tetap dijalankan dengan semua pihak.

“Saya nyatakan bahawa kita sangat terbuka untuk menjalin gabungan.

“Jadi, kita mengadakan perundingan dengan semua pihak.

“Yang penting, rakyat mesti diberikan keutamaan supaya masalah politik ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Pemimpin utama parti harus lebih terbuka fikiran dan berlapang dada demi kepentingan rakyat. Jangan fikirkan hanya kepentingan sesuatu parti sahaja,” tegasnya.

Zahid turut mengesahkan bahawa rundingan politik boleh berlaku sebelum atau selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Sebelum dan selepas. Ya, memang autonomi itu datangnya daripada kami dan ini sedang dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut mengimbau kembali sejarah kehadiran UMNO di Sabah yang bermula sejak 5 Februari 1991 atas permintaan pemimpin dan rakyat Sabah sendiri.

“Keberadaan UMNO di Sabah bukan kerana satu perancangan tetapi membawa UMNO ke Sabah adalah atas permintaan pemimpin politik dan rakyat Sabah ketika itu.

“Selama 34 tahun, keberadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah telah memberikan keberhasilan serta pembangunan di negeri ini. Rekod telah membuktikannya,” katanya.

Justeru itu, apabila ditanya sama ada terdapat rundingan rasmi dengan GRS, Zahid enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Seperti yang saya katakan, kami sangat terbuka. Kita tidak sepatutnya berhenti untuk berunding dan berbincang dengan pemimpin politik untuk kebaikan Sabah,” katanya.

“Saya tidak sepatutnya berkongsi maklumat ini,” katanya lagi.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat