MB Perak ucap takziah atas pemergian ADUN Ayer Kuning

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengucapkan takziah di atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, pada petang Sabtu.

Menerusi hantaran Facebook miliknya malam tadi, beliau yang juga ADUN Kota Tampan, meminta orang ramai turut sama mendoakan agar roh Allahyarham Ishsam dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beramal soleh.

“Innalillahiwainnailaihiraiun.Mendaoar khabar duka akan pemergian sahabat saya, YB Tuan Haji Ishsam Shahruddin, ADUN Ayer Kuning lewat petang tadi.

“Ya Allahu Azza Wa Jalla, Kau ampunilah dosa-dosanya, Kau kasihanilah dia dan terimalah segala amalan kebaikannya di dunia ini.

“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” katanya dihantaran tersebut.

Turut mengucapkan salam takziah, Ahli Parlimen Tapah yang juga Timbalan Presiden MIC Kebangsaan, Datuk Seri M Saravanan.

“Beliau merupakan rakan saya yang telah berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat di Tapah dan sentiasa bekerja keras demi seluruh masyarakat Tapah.

“Pemergian beliau merupakan sebuah kehilangan bagi warga Tapah dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya yang turut dimuat naik di Facebook miliknya.

Allahyarham Ishsam dilaporkan menghembus nafas terakhir ketika menyertai perlawanan persahabatan empat penjuru melibatkan pasukan vateran bola sepak Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah yang berlangsung di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Allahyarham juga merupakan bekas pemain bolasepak kebangsaan yang pernah mewakili Perak dan Negeri Sembilan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 lalu, Ishsam yang pertama kali bertanding menang kerusi DUN Ayer Kuning dalam Parlimen Tapah mengalahkan empat calon lain dengan majoriti 2,213 undi.

Allahyarham yang dilahirkan pada 31 Ogos 1966 di Sungkai meninggalkan seorang balu, Rozlita Abdullah dan empat cahaya mata masing-masing dua lelaki dan perempuan.

Ishsam juga memegang beberapa jawatan termasuk Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Presiden Bola Sepak Daerah Batang Padang, Presiden Bola Sepak Melayu Perak dan Penaung Akademi Bola Sepak Ishsam.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil