Kabinet terima baik semua teguran, sedia perbaiki prestasi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan prestasi kerja barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang disifatkan sebagai membanggakan.

Perdana Menteri berkata, ia dilihat berdasarkan keseriusan mereka dalam bekerja dan mengambil cakna mengenai pandangan semua pihak.

“Setakat ini saya tak kata (prestasi Jemaah Menteri) sempurna tetapi membanggakan. Ini kerana mereka ambil serius kerja mereka, serius untuk setiap teguran dan ambil langkah untuk perbaiki prestasi,” katanya pada Sidang Media Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani Tahun 2025 di Petronas Leadership Center, di Bangi, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, sesi pemukiman yang berlangsung dua hari sejak semalam itu, turut memberi ruang bagi Jemaah Menteri mengemukakan pandangan masing-masing berkaitan pelbagai isu.

“Bukan saja beri pandangan, mereka juga terpaksa dengar daripada laporan rakan-rakan sama ada ahli akademik penjawat awam serta mendengar teguran, kritikan serta cadangan.

“Kemudian kita beri ruang kepada menteri berikan pandangan mereka mengenai iltizam dan komitmen untuk tingkatkan prestasi,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, antara isu yang turut dibincang secara teliti dalam sesi pemukiman terbabit adalah berkaitan kos sara hidup.

“Walaupun statistik menunjukkan inflasi kita rendah, tetapi kita juga mendengar keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan bagaimana mampu kita tingkatkan pertama, kadar upah antaranya melalui sistem saraan penjawat awam, gaji minimum, selain ambil langkah lain daripada pelbagai kementerian untuk cuba mengurangkan tekanan ini.

“Ini satu cabaran yang kita beri penekanan kerana kita faham angka-angka mengenai lonjakan ekonomi, peningkatan pelaburan dan peningkatan pelancongan… itu hanya lebih bermakna sekiranya kita dapat kawal kenaikan harga yang membebankan sebahagian (masyarakat),” katanya.

Related Posts

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MENTERI BESAR Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak boleh membiarkan rakyat terus tertanya-tanya berhubung status tanah yang dikaitkan dengan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!