Hanya 0.01 peratus penjawat awam tak pilih SSPA

PUTRAJAYA – Sebanyak 99.9 peratus atau 1,485,031 penjawat awam menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu merangkumi penjawat awam di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Bagi pemindahan pegawai DG12 pula, urusan berkaitan dengan permohonan pertukaran guru akademik biasa (GAB) gred DG9 hingga DG14 adalah dibenarkan di bawah SSPA.

“Namun begitu, pertukaran masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 tahun 2021 Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuat kuasa.

“Pertimbangan kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada tiga prinsip asas iaitu kekosongan perjawatan; keperluan opsyen dan kepentingan perkhidmatan,” katanya.

Opsyen SSPA dibuka selama 40 hari bermula 21 Oktober sehingga 30 November lalu bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pelaksanaan SSPA juga tidak menjejaskan pencen pegawai awam berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada mereka yang memilih opsyen SSPA saja.

Pelarasan gaji baharu bakal diterima pegawai awam bertaraf tetap dan lantikan kontrak (COS) dengan gaji permulaan terendah ditingkatkan kepada RM1,500 sebulan.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA