Dua lelaki didakwa edar 275 kilogram dadah

KUANTAN – Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, hari ini atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Mohamed Ismail, 68, dan Muhammad Amir Ikram Mohd Dzulkiflee, 32, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine di tepi jalan Kampung Sungai Mun, Lipis pada jam 12.30 tengah hari, 6 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan – sekiranya tidak dihukum mati – jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.

Ini kerana kes hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala peguam Hafizatul Shahirah Jamari mewakili Muhammad Amir Ikram.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 Mei untuk serahan dokumen dan laporan kimia.

Pada 10 Februari lalu, media melaporkan polis merampas dadah bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu susulan kejadian langgar lari di Kampung Pagar Sasak, Lipis.

Related Posts

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

KOTA KINABALU – Hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuang dan direalisasikan melalui semangat kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

ENGKILILI – Kesedaran mendalam mengenai sejarah pembentukan negara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diperkukuh, khususnya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan mereka memahami kedudukan dan hak sebenar Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima