‘Sanusi boleh juga tampil bantu pesawah tingkatkan taraf hidup’

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah diminta mengambil tanggungjawab dengan lebih serius dan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan bagi memastikan masa depan sektor pertanian di Kedah terus cerah serta mampan.

Pengarah Biro Tani Kami Anak Kedah, Firdaus Shater berkata, sebagai sebuah negeri yang mempunyai kuasa autonomi tertentu, Kedah perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga kebajikan pesawah dan meningkatkan hasil padi negeri ini.

Menurutnya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga perlu tampil dengan cadangan dan inisiatif lebih baik untuk membantu pesawah di negeri ini.

“Exco Pertanian negeri juga perlu menyusun strategi dan perancangan yang lebih berkesan untuk memajukan sektor pertanian di Kedah, selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan.

“Agak menyedihkan sekiranya Kerajaan Kedah hanya berpeluk tubuh menunggu Kerajaan Persekutuan melakukan segala-galanya.

“Hampir lima tahun memerintah Kedah, pesawah sepatutnya sudah menerima pelbagai manfaat dan insentif daripada kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sanusi bahawa harga lantai belian padi sepatutnya ditetapkan pada RM1,600 berbanding RM1,500 seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Menurut Sanusi, harga lantai belian padi yang baharu itu masih berada pada bawah kos input terpaksa ditanggung pesawah kerana tidak seimbang dengan kos yang terpaksa ditanggung, susulan kenaikan harga input pertanian sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut mengenainya Firdaus berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa pembentangan di Dewan Rakyat telah menjelaskan bahawa kementerian sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk memperkenalkan fleet card khas diesel bagi pesawah, petani dan peladang kecil.

Menurutnya, usaha itu dilakukan bagi membantu golongan tersebut menyerap kos bahan api diesel dan langkah-langkah ini berada dalam perancangan dan dipantau secara berterusan bagi memastikan pesawah mendapat hasil yang maksimum.

“Jika Kedah benar-benar sebuah negeri ‘kaya’ dan hebat seperti yang sering dilaungkan Sanusi, maka kebajikan pesawah seharusnya sudah lama terbela, infrastruktur pengairan yang menjadi nadi utama industri ini juga sepatutnya sudah setanding dengan negara maju.

“Atau selama ini, Kerajaan Negeri hanya bergantung kepada projek serta inisiatif Kerajaan Persekutuan semata-mata.

“Sebagai pemimpin negeri, Sanusi perlu mempunyai hala tuju yang jelas serta melaksanakan strategi yang benar-benar membuahkan hasil,” ujarnya.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi