JKNS nafi video tular warga emas tak terima rawatan sewajarnya di Hospital Kota Marudu

KOTA MARUDU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan seorang warga emas tidak menerima rawatan sewajarnya di Hospital Kota Marudu seperti dalam video tular pada 6 Februari lalu.

Pengarahnya, Dr Maria Suleiman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman dan mengesahkan pesakit tersebut hadir ke Unit Kecemasan dan Trauma dengan diiringi ahli keluarga.

“Setelah melalui proses pemeriksaan dan penilaian klinikal, pesakit tersebut dikategorikan sebagai zon hijau (tidak kritikal) dan disarankan untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar (JPL).

“Keluarga pesakit telah diberikan penjelasan mengenai prosedur rawatan di JPL termasuk proses pendaftaran dan penggiliran sebelum diberikan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, jelasnya, mereka memilih untuk tidak meneruskan pendaftaran di JPL dan mendapatkan rawatan di fasiliti swasta.

Sehubungan itu, Maria terus berhubung dengan keluarga dan menzahirkan keprihatinan serta memberi jaminan bahawa pesakit boleh hadir semula sekiranya masih memerlukan rawatan.

“Keluarga pesakit memaklumkan bahawa individu yang merakam dan menularkan video tersebut bukan dalam kalangan mereka dan tidak dikenali.

“Susulan penjelasan yang diberikan, pentadbir laman media sosial yang menyiarkan video tersebut telah menurunkan video tersebut di atas permintaan keluarga pesakit,” katanya lagi.

Maria berkata, JKNS sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara ini dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.

Selain itu, JKNS menyeru orang ramai mendapat maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya