ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani

TAWAU – Sebuah kampung yang terletak di kawasan persisiran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas akan dipilih Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk dijadikan sebagai Kampung Angkat Madani.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali semasa berkunjung ke pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Selasa.

“Daerah Tawau adalah termasuk dalam kawasan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dan pelbagai isu yang berkaitan keselamatan termasuk mendapatkan pandangan bagi memantapkan kawalan ESSZone.

“Kewujudan Kampung Angkat Madani ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan,” katanya selepas kunjungan hormat tersebut.

Menurut Nizam yang juga ADUN Apas, program Kampung Angkat Madani diperkenalkan kerajaan merupakan inisiatif Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 untuk meningkatkan capaian kemudahan asas secara holistik menerusi pendekatan ‘Whole of Government’.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung