‘Tawau First’ beri keutamaan demi keharmonian rakyat

TAWAU – Sejajar dengan slogan ‘Tawau First’, warga daerah ini sentiasa diberi keutamaan dalam pelbagai aspek termasuklah kebajikan dan pendidikan demi keharmonian rakyat.

Demikian dinyatakan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui yang mahu masyarakat di Negeri Bawah Bayu ini terus mengekalkan kebersamaan dan tidak berpecah-belah.

Beliau berkata, sebaik menjadi wakil rakyat, atas nasihat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan Timbalan Ketua Menteri yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, prinsip yang menjadi pegangannya adalah menjadikan Tawau sebagai ‘rumah’nya.

“Kita sepatutnya berbangga ‘rumah’ kita ada kepelbagaian kaum dan kita tidak boleh memilih atau pilih kasih serta berat sebelah.

“Oleh itu, sepanjang dua tahun ini saya luluskan permohonan dengan tidak mengambil kira siapa atau bangsa apa pemohon, asalkan demi kesejahteraan termasuk di Parlimen Kalabakan kerana Tawau dan Kalabakan adalah keluarga.

“Apa yang saya tidak boleh terima adalah tindakan memecahkan kesatuan ataupun keharmonian,” katanya ketika berucap dalam Pesta Tahun Baharu Cina 2025 di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Lo turut menyatakan kebersamaan itu dapat ditunjukkan menerusi pencapaian yang dilaksanakan antaranya menaik taraf tapak parkir hospital Tawau dan jalan raya, pembinaan dewan terbuka di sekolah-sekolah dan usaha menyelesaikan masalah air penduduk dengan pembinaan empangan air Cinta Mata.

Justeru, beliau menasihati agar masyarakat tidak mempolitikkan bangsa dan agama walaupun berbeza ideologi politik.

Kira-kira 5,000 penduduk dari latar belakang dan peringkat umur memeriahkan Pesta Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Parlimen Tawau yang dirasmikan Joachim.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Hamild Awang; ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal dan Konsul Republik Indonesia Tawau, Aris Heru Utomo.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi