Letupan kuari di Kampung Padang, Bandar Baharu mengikut SOP

ALOR SETAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan aktiviti letupan batu di kuari berhampiran Kampung Padang mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan tahap bunyi dan gegaran di tapak kuari berkenaan mematuhi had ditetapkan.

Katanya, siasatan JAS Kedah semalam melibatkan pemeriksaan di kuari, sekitar kuari serta rumah penduduk berdekatan.

“Pengukuran bunyi dan getaran telah dilaksanakan di lokasi rumah pengadu sebagai stesen pemantauan yang terletak kira-kira 650 meter dari kawasan letupan semasa aktiviti letupan dijalankan oleh pengusaha kuari,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sharifah Zakiah berkata hasil perbincangan antara JAS Kedah dengan syarikat kuari, keputusan dicapai untuk pengusaha kuari menanggung kos membaiki kerosakan rumah penduduk.

Katanya, pada dasarnya syarikat kuari mematuhi zon penampan di mana jarak rumah ke kuari sekitar 650 meter (lebih 500 meter) dan mematuhi had bunyi dan gegaran ditetapkan namun impak sebenar yang berlaku kepada perumahan penduduk tidak wajar diabaikan.

“JAS Kedah akan terus memantau lebih kerap operasi kuari dan akan berbincang dengan lain-lain agensi terutama JMG dengan mengesyorkan langkah-langkah pembaikan yang perlu diambil syarikat kuari bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Notis Arahan di bawah Seksyen 37 (1) (d) dikeluarkan kepada pemaju untuk mengemukakan laporan peletupan dan kawalan peletupan yang dilaksanakan di tapak.

“Pemaju diarahkan untuk sentiasa mematuhi semua syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa dan melaporkan sebarang insiden yang berlaku khususnya melibatkan konflik dan kacau ganggu kepada penduduk,” jelas beliau.

Kelmarin Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman meminta kerajaan negeri Kedah dan pihak berkuasa memantau dan menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan kuat luar biasa di Kampung Padang, yang didakwa berlaku pada Rabu lalu.

Letupan kuat sekitar 2.15 petang itu mengejutkan sebahagian besar penduduk selain menyebabkan kerosakan kepada rumah penduduk berhampiran dipercayai berpunca daripada aktiviti pemecahan bongkah batu oleh pengusaha kuari terbabit.

Related Posts

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

LAHAD DATU – Usaha mendekati rakyat tidak seharusnya bergantung kepada jawatan atau kedudukan, sebaliknya perlu dilakukan secara konsisten untuk memahami keperluan mereka. Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

IPOH – Misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah sejak 23 Mei lalu, akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan